HASAD DENGKI
Hidup ini terlalu singkat untuk berdengki dengan sesama manusia, apatah lagi dengan sesama adik beradik. maaf, bukan diri aku untuk menjadi penghasad dengki atas kejayaan orang lain, tapi aku jadikan inspirasi untuk aku berjaya juga seperti mereka.
setiap kejayaan aku yang pernah aku rasai semuanya bermula dari bawah. aku merantau mencari rezeki dan pengalaman dan aku bawa sekali dengan niat untuk banggakan mak dan bapak dengan setiap kejayaan yang aku terima dari hasil titik peluh dan usaha aku.
aku tak marah dengan siapa pun yang buat aku jatuh kembali, tetapi aku hanya kecewa dan terkilan kenapa darah daging sendiri sanggup lihat kejatuhan diri aku. siang malam aku bekerja untuk aku tunaikan impian yang ku bawa di masa awal aku merantau. Aku kerja hakiki dengan 3 shift(pagi,petang dan malam), tak cukup dengan itu pulak aku habiskan masa selepas kerja dengan bisness online aku jual produk orang sehingga aku boleh buat saving sendiri beribu dalam masa beberapa bulan sahaja.
aku bangga dengan setiap archivement yang aku dapat. dari leader sendiri boleh kata setiap bulan dapat top 1 restock. aku biz bukan nak dapat semua ni tapi sebab minat aku sendiri jugak buat biz online.
1. aku dapat beli sebentuk cincin emas hasil titik peluh untung biz dalam RM400+
2. aku belikan mak hp android RM800+
3. aku bayar muka kereta myvi total RM3000+
aku betul-betul tak sangka aku boleh buat biz sampa ketahap yang agak tinggi jugak. bila biz makin rancak, hari majlis besar pun makin dekat. kononnya lepas kawen aku boleh focus dengan biz 100%. tetapi fikiran aku meleset bila orang kiri kanan depan belakang ada sifat dengki dengki aku.
menangis ahti aku bila orang yang aku sangka support aku,rupanya hancurkan aku sikit demi sikit.
apapun setiap orang akan lalui hidup naik turun. tak sentiasanya di atas sebab adakalanya di bawah. Inilah cara ALLAH S.W.T menegur hamba-Nya dalam kelalaian.
jangan kau fikir, hidup yang ada sekarang ni, Allah tak melihat dan tak akan menegur di kemudian hari. tetapi Allah sedang melihat kelalaian kau dengan DIA.
terima kasih Allah untuk ujian yang Engkau berikan kepada aku dan nyawa kedua aku iaitu anak aku yang aku kandungkan selama 9 bulan. semoga akan datang rezeki aku akan melimpah ruah dan jauh lebih berkat berbanding dulu AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN 😊
Comments
Post a Comment